Wednesday, 2 January 2013

PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH


Panduan Mengerjakan Ibadah Umrah :

1. RUKUN UMRAH (5 Perkara)
  • Niat ihram mengerjakan umrah.
  • Tawaf.
  • Sai'e.
  • Bergunting atau bercukur.
  • Tertib.
2. WAJIB UMRAH (2 PERKARA)
  • Niat ihram di Miqat.
  • Meninggalkan perkara-perkara larangan semasa dalam ihram.
3. SYARAT WAJIB HAJI DAN UMRAH
  • Syarat-syarat wajib haji dan umrah itu adalah sama sahaja iaitu:
    • Islam - tidak wajib atas orang kafir dan murtad.
    • Baligh - tidak wajib atas kanak-kanak tetapi sah hajinya dan tidak gugur wajibnya bila baligh.
    • Berakal - tidak wajib atas orang gila dan jika dilakukan juga, tidak sah hajinya.
    • Merdeka - Hamba abdi tidak diwajibkan, tetapi sah hajinya dan diberi pahala.
    • Berkuasa / Kemampuan - Berhubung dengan berkuasa atau berkemampuan, ini ialah berdasarkan kepada
      Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan Ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu siapa yang mampu sampai kepadanya" (Surah Ali Imran ayat 97).
      Dalam masalah berkuasa atau berkemampuan untuk mengerjakan haji dan umrah ini adalah berkuasa kepada dua bahagian:-
      1. Berkuasa atau berkemampuan dengan sendiri; dan
        1. Berkuasa mengeluarkan belanja tambang dan segala perbelanjaan lain untuk melakukan pekerjaan haji dari mula hingga akhir.
        2. Mempunyai bekalan dan perbelanjaan yang cukup bagi saraan nafkah orang yang dibawah tanggungannya.
        3. Ada kenderaan pergi dan balik.
        4. Aman dalam perjalanan, yakni tidak ada bahaya yang mengancam keselamatan diri dan harta. Ini termasuklah juga tidak ada penyakit yang membahayakan tubuh badan.
        5. Sihat tubuh badan.
        6. Berkesempatan masa untuk mengerjakan haji dan umrah.Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:- "Dari Anas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w ditanya " Apakah yang dimaksudkan dengan "sabil"? Rasulullah s.a.w. menjawab: " Bekalan dan perjalanan". Riwayat - Daruqutni.
      2. Berkuasa dengan bantuan orang lain.
        1. Orang yang mempunyai cukup syarat wajib haji, tetapi tidak dapat mengerjakan hajinya sendiri kerana keuzuran dan sakit yang tidak ada harapan akan sembuh, atau telah terlalu tua umurnya serta telah putus asa tidak dapat pergi sendiri menunaikan hajinya.
        2. Orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hidupnya, tetapi tidak mengerjakan haji, maka terhutanglah fardu haji atasnya sehingga warisnya atau orang yang menerima wasiatnya menunaikan hutang hajinya itu dengan upah atau secara sukarela. Dalam masalah mengerjakan haji untuk orang lain atau upah haji ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Dari Laqit bin Amir r.a bahawa dia telah datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata:” Bahawa bapa saya seorang yang telah tua, tidak berdaya menunaikan haji dan umrah, dan tidak berkuasa mengikuti rombongan atau berjalan untuk mengerjakan haji atau umrah" Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tunaikanlah haji untuk bapamu dan umrahnya sekali". Riwayat - Abu Daud dan Tarmizi.

4. MEMAKAI IHRAM
  • LELAKI
    Dua helai kain lepas (tidak bercantum) sehelai dipakai untuk menutup auratnya diantara pusat dan lutut dan sehelai lagi dibuat selendang. Disunatkan berwarna putih.

  • WANITA
    Pakaian ihram bagi wanita pula hendaklah menutup semua anggota tubuh selain muka dan dua pergelangan tangan.
5. NIAT MENGERJAKAN UMRAH
  1. Lafaz niat :

    نويت العمرة وأحرمت بها لله تعالى


  2. Niat di dalam hati:

    Sahaja Aku Mengerjakan Umrah Dan Aku Berihram Dengannya Kerana ALLAH Ta'ala.

2 comments: