Tuesday, 23 July 2013

Permohonan Visa Lawatan ke China (Tourist/Family Visit Visa Application )

Assalammualaikum dan Salam Ramadhan buat semua,

Hari ini, admin nak share bagaimana caranya nak apply visa melawat ke Negara China.

Type of Visa : L (issue for foreign who comes to China for tour purpose, family visit and other
                       personal affairs)

Dokumen yang diperlukan :

1. Passport original (dengan 2 muka surat kosong).
      - Single entry visa ( passport pemohon mestilah sah 6 bulan dari tarikh permohonan)
      - Double entry visa ( passport pemohon mestilah sah 9 bulan dari tarikh permohonan)
      - Multiple entry untuk 1 tahun (passport pemohon mestilah sah 15 bulan dari tarikh permohonan)

2. Borang permohonan visa
     - Maklumat permohon hendaklah di isi dengan lengkap bersama 1 keping gambar passport.
     - Borang permohonan boleh di isi secara online ataupun manual dengan mendownload dari

Online form
https://www.visaforchina.org/web/applicationdata/ApplicationApply_agreement.action?request_locale=en_US&visacenterCode=KUL1

Manual form
http://www.visaforchina.org/KUL_EN/visainstruction/251836.shtml

3. Maklumat dan dokumen lain yang perlu
    - Tiket penerbangan pergi/balik
    - Bukti atau maklumat penginapan ( tempahan hotel, surat jemputan dari saudara atau kawan dari       Negara China
   - Lain-lain maklumat tambahan yang di pohon oleh pihak Embassy China.

Note : Maklumat dan dokumen- dokumen yang perlu disediakan mungkin berbeza jika kerakyatan anda selain daripada Malaysia.

Cara Memohon
- Pemohon boleh menghantar permohonan ke Visa Application Center

http://www.visaforchina.org/KUL_EN/usefullinks/251125.shtml

Jika perlu, pemohon mungkin perlu menghadiri interview atas permintaan pihak Embassy.
Permohonan juga boleh dibuat melalui travel agency ataupun individu lain bagi pihak pemohon.

Proses Visa
4 hari bekerja. (BIASA)
3 hari bekerja  (Express service)
Untuk pemprosesan segera (Rush Service)

- Jika visa dihantar sebelum 10.30pagi,visa akan siap pada 3.30petang.
- Jika visa dihantar selepas 10.030pagi,visa akan siap pada hari bekerja berikutnya.

Bayaran

-Bayaran bagi permohonan visa adalah seperti berikut :
http://www.visaforchina.org/KUL_EN/visainstruction/250782.shtml

Perhatian:

Pemohon hendaklah memohon visa 1 nulan dari tarikh lawatan namun tidak boleh terlalu awal (3 bulan sebelum lawatan)

Untuk sebarang maklumat lanjut bolehlah merujuk kepada pautan berikut :

http://www.visaforchina.org/KUL_EN/visainstruction/256948.shtml

http://www.visaforchina.org/KUL_EN/applyatthecenter/251415.shtml

http://www.visaforchina.org/KUL_EN/applyatthecenter/250953.shtml

Maklumat ini didapati daripada Chinese Visa Application Center dan mungkin berubah dari semasa ke semasa.

Harap Maklum










1 comment: